
Sulit
3 tahun
Pendarahan selepas hubungan bersama suami
saya berumur 30 tahun dan ibu kepada 2 orang anak.saya ada mengalami pendarahan selepas bersama dengan suami sedangkan itu bukanlah waktu saya datang haid.selepas pendarahan itu saya juga tidak datang haid…dan saya melakukan ujian kehamilan.hasilnya positive…namun seminggu setelah melakukan ujian kehamilan saya berjumpa dokter untuk mengetahui berapa usia kandungan tetapi ujian daripada dokter menunjukkan saya tidak hamil…apakah masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Mengikut penerangan anda, kami memahami anda mengambil ujian UPT yang menunjukkan positif tetapi ujian yang dijalankan oleh doktor tidak menunjukkan kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Tedapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Antaranya :
- False-positive ujian UPT
- Pengunaan ujian UPT yang telah tamat tarikh luputnya
- Kehamilan di luar rahim
- Keguguran
- Masalah kesihatan lain seperti masalah kencing kotor (UTI), sista ovari, atau penyakit buah pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, sila rujuk perkara ini kepada doktor supaya ia boleh disiasat dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.