
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas keguguran usia 4 bulan
Hai doc…sy wanita berusia 20 tahun…dan pada 5/1/2021 sy mngalami keguguran di mna usia kandungan sy pada masa itu sdh 4 bulan, tpi masa keguguran tu sy tidak pergi ke hospital kerana jarak rumah ke hospital itu terlalu jauh… tapi sampai skrg (21/2/2021) darah still kluar lagi…adakah itu normal? Dan apa yg perlu sy lakukan? Terima kasih doctor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.