
Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas makan postinor
Hai, Doktor. Saya wanita 21 Tahun ingin bertanya. Saya baru habis datang bulan pada ahad lepas, selepas itu saya mengadakan hubungan dengan suami saya dan makan pil postinor. Semalam dan hari ini saya asyik mengalami sakit perut dan mempunyai darah yang berwarna coklat gelap keluar tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Kitaran haid saya normal. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil ini boleh memberi pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- Loya dan Muntah
- Kitaran haid terganggu (haid tidak teratur, haid menjadi sedikit, berpanjangan) Anda mungkin sedang mengalami kesan sampingan tersebut.
Walaubagaimanapun, haid dalam kuantiti yang sedikit (spotting) boleh disebabkan pelbagai perkara:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.