
marianaismail83
5 tahun
Pendarahan selepas period
Saya seorang wanita berusia 31 tahun dan mempunyai 4 orang anak.bermula 7 mei yang lepas saya datang haid seperti biasa iaitu selama 7 hari.Tetapi pada 24 mei saya mengalami pendarahan dalam kuantiti yang sedikit.warna darah pula seakan akan darah haid dan bercampur lendiran.sehingga hari ini 25 mei darah masih lagi keluar tetapi saya tidak menggunakan tuala wanita kerana kuantiti darah sedikit sahaja.persoalannya, apakah saya hamil atau ada masalah lain yang berkaitan dengan rahim.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.