
Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas sukan
Saya mula bersukan sebulan yg lepas. Tetapi akhir akhir ini apabila selepas melakukan sukan. Saya mengalami pendarah di vigina. (Merah dan berlendir). Dan pedarahan itu berterusan ke 2-3 hari. Adakah itu normal atau tidak normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jika anda terlalu aktif, terdapat risiko untuk datang haid
- masalah ketidaseimbangan hormon
- pendarahan sewaktu ovulasi
- masalah struktur rahim, serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.