
Anonymous
5 tahun
Pendarahan semasa hamil dan tidak mengalami kekejangan perut
Saya wanita awal 30 an. Sekarang saya hamil 4 minggu anak yang ke 4. Saya telah membuat scan untuk menentukan adakah saya hamil di klinik swasta. Selepas membuat scan, dalam beberapa jam ade berlaku pendarahan bewarna pink dan coklat2 cair. Tetapi saya tidak mengalami sakit perut atau tanda2 period. Apakah tindakan selanjutnya. Saya pernah mengalami keadaan tersebut semasa hamil anak pertama. Adakah perlu saya berjumpa doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.