
Sulit
3 tahun
Pendarahan semasa pregnant 8 minggu
hi doctor , normal ke kalau scan 8week tpi nampak kantung kosong. belum nmpk denyutan jantung baby and bentuk baby lagi. lagi satu , sy ada pendarahan tapi darah warna merah pekat takde keluar warna putih pun. sepanjang minggu ke-5 hingga ke-8 kehamilan. bila scan masih tk nmpk baby tapi size kantung membesar cuma doctor ckp size baby mungkin kecil dri usia sepatutnya. adakah masih terlalu awal utk nmpk baby ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kantung kosong janin dan pendarahan pada minggu ke-5 hingga minggu ke-8. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan semasa awal kehamilan adalah sesuatu perkara yang membimbangkan, tambahan lagi dengan scan ultrasound yang tidak dapat melihat kantung janin. Terdapat beberapa kemungkinan untuk masalah ini, iaitu :
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Usia kandungan masih awal
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada klinik/hospital berdekatan untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan anda. Anda juga boleh merujuk kepada doktor pakar ibu dan anak kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.