
Sulit
4 tahun
Pendarahan sewaktu hamil 7 minggu
Saya berusia 33 tahun dan pernah bersalin sebanyak 3 kali. Kali ini saya mengandung anak ke empat . Kandungan berusia 7 minggu.
Saya dapati ada darah keluar. Saya dah pergi scan dan doc kata janin seperti tak jadi. Sekarang dah hari ke 3 masih keluar lagi darah. Jadi apa perlu saya lakukan?
Adakah ini tanda keguguran atau period sewaktu mengandung?
Mohon pencerahan doctor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat implantasi hasil persenyawaan (normal)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Justeru itu, saya tetap menyarankan puan dan suami untuk pergi mendapatkan bantuan yang lebih komprehensif di klinik atau hospital yang bedekatan, dan bersedia denagn sebarang kemungkinan.
Walau bagaimanapun, sementara itu, puan juga disarankan untuk perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.