Sulit
4 tahun
Pendarahan warna coklat
Hai doktor, saya berumur 26thn baru berkahwin 3bln. Awal bulan haritu berlaku pendarahan ringan tapi upt negatif.saya pergi cek klinik kesihatan doktor bgtau mungkin berlaku penempelan implantasi. Dan bulan ni sepatutnya saya datang bulan 21hb haritu, tapi xdtg. Tapi masalah saya, saya perasan ada darah warna coklat jumlahnya tak banyak cuma sikit saja. Ia berlarutan 3hari. Darah coklat tu tanda apa doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda boleh melakukan ujian UPT sekiranya anda berasakan anda hamil. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.