
Sulit
4 tahun
Penerangan Tentang Hiv
Saya lelaki 30 an,pernah melakukan french kiss 5 tahun yang lalu di sebuah pusat hiburan,kadang kadang isu hiv sering bermain di fikiran saya walaupun hanya sekali saya melakukan kegiatan tidak sihat dan saya belum bersedia melakukan ujian saringan hiv,adakah sekiranya ujian pcr covid 19 negative menandakan kita bebas dari hiv?saya hanya mengalami kebas tangan dan kaki,bisul di bahagian ketiak,kelangkang sahaja,belum ada tanda-tanda gatal atau ruam,ulser,susut berat badan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika ujian COVID-19 tidak mengesan virus HIV kerana virus tersebut adalah dua virus yang berbeza, HIV boleh dikesan dengan ujian HIV sahaja.
Jangkitan HIV sering menyebabkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, ruam, sakit sendi, bengkak kelenjar limfa, sakit sendi dan mudah letih.
Oleh itu, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV terutamanya jika anda mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti hubungan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Jika anda berasa anda, berisiko tinggi, saya sarankan anda untuk ke klinik dan membuat ujian HIV untuk mendapatkan kepastian kerana HIV tidak boleh ditentukan dengan simptom sahaja.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.