Sulit
6 tahun
Pengambilan acid folic
Saya berumur 26 tahun, dan akan berkahwin dlm masa 3 bulan lagi…saya ingin bertanya, bolehkah saya mengambil ubat acid folic bertujuan untuk memberi kesuburan pada hormon sebagai persediaan untuk mendapatkan zuriat selepas berkahwin nanti? Waktu yang sesuai untuk makan acid folic adakah sebelum ataupun selepas berkahwin ya??
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects . Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil.
Justeru, harus ditegaskan lagi bahawa pengambilan folic acid bukanlah untuk kesuburan tetapi untuk mengelakkan bayi anda cacat sekiranya kekurangan asid folik dalam tubuh. Untuk itu, anda tidak perlu makan tiga bulan berkahwin. Cukup untuk makan sebaik anda mulai menikah atau berhubungan untuk mendapatkan zuriat.
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























