
Anonymous
5 tahun
Pengambilan amlodopine & norcutin pada masa yang sama adakah akan membantu masalah period tidak teratur?
Saya berusia 34 tahun. Masalah period tidak teratur dan masa yg sama saya juga mengambil amlodopine 5mg. adakah pengambilan pil norcutin akan membantu masalah period saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya Norcutin boleh digunakan bagi merawat masalah kitaran haid tidak teratur, masalah haid berlebihan atau sebagai pil perancang kehamilan.
Mengenai pengambilan pil norcutin dan amlodipin, ubat ini perlu diambil dengan berhati-hati bagi mereka yang menghidap masalah darah tinggi. Oleh itu, pastikan doktor anda mengetahui ubat - ubatan yang anda ambil bagi memastikan tiada kesan negatif yang boleh timbul apabila di ambil bersama.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.