
Sulit
5 tahun
Pengambilan antibiotik yang betul
Dr saya nak tanya bulan lepas sy ada consume antibiotik untuk pengobatan bakteri vaginosis,then skrg sy dapati jangkitan tu datang lagi boleh kah saya ambik lagi antibiotik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya masalah yang sama berulang kembali, ia mungkin dicetuskan oleh masalah selain bakteria / kuman yang menyebabkan bacterial vaginosis. Justeru, anda amat digalakkan untuk merujuk kembali ke doktor agar masalah anda dapat diteliti ulang dan diberikan ubat yang sesuai.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.