Sulit
4 tahun
Pengambilan antibiotik
Hi doc nak tanya saya ambik antibiotik untuk pengobatan bakteri vaginosis december,tapi saya dapati jangkitan bakteri tu datang lagi…boleh kah saya ambik lagi antibiotik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rawatan bagi masalah yang anda hadapi mungkin disebabkan masalah bakteria vaginosis yang sama atau spesis bakteria lain. Rawatan adalah bergantung kepada jenis bakteria kerana jika antibiotik diambil dengan sewenang-wenangnya, ia boleh menyebabkan “antibiotic resistance”. Situasi ini akan menyebabkan jika anda mengalami jangkitan pada masa akan datang, antibiotik tidak akan berkesan untuk merawat jangkitan tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.