
Sulit
4 tahun
Pengambilan Evening Primrose Oil
Hi, saya nak tanya, adakah pengambilan supplement EVENING PRIMROSE OIL(EPO) akan memberi kesan kepada period ? Saya start makan EPO hari isnin yg lepas . Dan sepatutnya sy period hari rabu . Tp skrang dh 4 hari sy lewat period . Smlm sy dh cek UPT dan result negatif. Adakah EPO akan mberi kesan period jadi x teratur ? Dan EPO blh ambil hari2 ke ? X perlu stop ke jika time period ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan serta ubat-ubatan lain
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.