
Sulit
4 tahun
Pengambilan folid asid
Saya Akan berkahwin dalam beberapa bulan lagi …boleh ke Saya mengambil folid asid ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan asid folik.
Untuk makluman anda, jika anda merancang untuk hamil, anda sememangnya disarankan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum anda bersetubuh. Hal ini bagi meneglakkan kecacatan kepada bayi anda. jumlah folic acid yang disarankan untuk diambil oleh wanita mengandung adalah sebanyak 400 micrograms / 0.4 mg . Jumlah maksimum yang boleh diambil adalah 1.0mg sehari samada melalui pemakanan atau suplemen.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.