
Sulit
4 tahun
Pengambilan glucosamine dan ubat hypertension
Saya berumur 37 tahun,mempunyai penyakit darah tinggi dan mengambil ubat Micardis (80mg) setiap hari. Adakah saya boleh mengambil glucosamine dalam masa yang sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Glucosamine adalah bahan aktif semula jadi di dalam badan anda. Tetapi ia juga terdapat dalam bentuk makanan tambahan. Terdapat dua jenis utama iaitu hidroklorida dan sulfat.
Glukosamin di dalam badan anda membantu menjaga kesihatan tulang rawan anda, tisu getah yang melindungi tulang pada sendi anda. Tetapi apabila usia bertambah, tahap glukosamin ini mulai menurun, yang menyebabkan kerosakan sendi secara beransur-ansur. Dapatkan kepastian daripada doktor yang merawat anda mengenai pengambilan makanan tambahan yang sesuai untuk diambil. Elakkan pengambilan secara berlebihan, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.