
Sulit
5 tahun
Pengambilan Morning After Pill
Hi Doctor, saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin 8 bulan. Dan saya masih merancang kehamilan atas sbb sbb tertentu. Jadi saya telah bersama suami tanpa protection or condom pada 6/11 dan telah mengambil morning after pill pada pagi berikut nya. Tapi pada 9/11 saya bersama lagi dengan suami saya jugak tanpa apa apa protection. Disini saya ingin tahu, perlukan saya ambil lagi morning after pill? Dan boleh kah saya tahu kemungkinan saya untuk mengandung sgt rendah selepas ambil morning after pill walaupun saya bersama dengan suami lagi dalam tempoh 3 hari?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang ini hanya melindungi anda daripada kehamilan dalam jangka masa yang pendek sahaja. Anda perlu mengambil pil perancang kecemasan lagi sekali sekiranya berhubungan tanpa lindungan pada kali yang seterusnya.
Anda juga boleh bercakap dengan pihak kami untuk memahami cara-cara yang lain untuk perancang keluarga untuk jangka masa yang lebih panjang. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.