jellfebgal
6 tahun
Pengambilan pil EPO pertama kali, adakah akan menggangu kitar haid sy
Sy berumur 28 tahun, buat pertama kali mengambil pil EPO sbgi supplement tambahan. Sebelum ini kitar haid sy adalah normal 28hari.Namun, setelah mengambil EPO kitar haid sy terganggu. Ingin sy bertanya kpd Doktor adakah oengambilan pil Epo Ini menganggu kitar haid sy. Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, ubat Evening primrose biasanya digunakan untuk merawat masalah:
Melegakan ekzema
Melegakan sindrom prahaid
Digunakan untuk keadaan yang yang melibatkan keradangan seperti artritis reumatoid.
*Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti:
Gangguan gastrointestinal seperti cirit-birit, kembung perut, loya
Sakit kepala
Walaubagaiamanapun , corak kitaran haid anda berubah selepas pengambilan Pil EPO jadi adalah amat disaranakan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangannya.Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


























