
Sulit
4 tahun
Pengambilan pil perancang ketika hamil
Hai, sy wanita yg berumur 21 th. Dan memiliki seorang anak. Untuk menjarakkan kelahiran anak sy mengambil pil perancang. Bila sy buat ujian air kencing didapati sy mengandung, sebelum sy tahu yg saya hamil sy mengamalkan pil perancang dan sy belum tahu lg usia kandungan sy berapa bulan. Bila diingatkan balik sy ada juga terlupa utk makan pil perancang ni. Boleh sy tahu apa effect yg akan trjadi pd kandungan sy ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menyatakan bahawa tersalah makan pil perancang sewaktu kehamilan membawa kemudaratan terhadap kandungan. Anda amat disarankan untuk berhenti pengambilan pil perancang seketika merujuk kepada seorang doktor.
Untuk mendapatkan maklumat/pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih