
Sulit
3 tahun
Pengambilan pil YAZ semasa period
Saya wanita berumur 27 tahun dan mempunyai masalah jerawat. Saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil pil Yaz untuk mengawal jerawat. Untuk pil pertama saya telah mengambil pada hari pertama period. Jadi soalan saya sekarang ini untuk pek yang seterusnya, adakah saya pelu mengambil pada hari pertama period juga? Adakah pil yaz boleh menghentikan darah apabila dimakan setiap kali first day period? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui cara pengmabilan pil perancangan, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang yang anda nyatakan mengandungi 28 pil (24 pil aktif dan 4 pil peringatan). Selepas anda mengambil tablet peringatan yang terakhir dalam pek, mulailah pek baharu pada hari berikutnya sama ada anda mempunyai haid anda atau tidak.
Anda perlu mengikut jadual dan arahan yang ditetapkan untuk mendapatkan kesan yang efektif.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut ataupun untuk mendapatkan kepastian.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih