
Anonymous
5 tahun
Pengambilan Postinor 2 - tidak boleh menyusu selama 2 hari
Saya baca article yg menyatakan tidak boleh menyusu selepas pengambilan postinor selama 2 hari. Blh x doc terang lebih lanjut kesan kpd anak yg sy susukan? Sblm ni sy xtahu xboleh susukan anak selepas mengambil postinor… Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Postinor-2 tidak menjejaskan sama ada kuantiti atau kualiti susu yang dihasilkan oleh payudara anda. Sebaliknya, hormon dari pil boleh disalurkan dan dideteksi dalam air susu ibu. Namun, anak anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk daripada pengambilan air susu yang mengandungi hormon. Sebaiknya adalah tidak menyusukan sekurang-kurangnya 3 hari selepas menggunakan Postinor-2.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih