Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat dan waktu
Hai doc, saya ingin bertanya, pill postinor yg pertama satu biji saya makan pukul 4.35pm dan biji kedua sepatutnya 4.35am which is selepas 12jam, saya terlewat dlm sejam sy termakn pukul 5.30 am. Adekah pill itu akan menjadi?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, anda tidak perlu terlalu risau. Anda disarankan untuk mengambil pil Postinor dalam masa 72 jam selepas hubungan seksual tanpa perlindungan. Namun begitu, anda harus mencari doktor atau farmasi jika muntah- muntah selepas pengambilan ubat tersebut kerana ubat itu mungkin tidak berkesan. Selain itu, jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari pada kitaran seterusnya segera mencari doktor.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil Postinor, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.