
Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat gastrik dan angin
Hello doktor. Saya sedang mengambil ubat omeprazole dan domperidome. Adakah ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti sakit gout. Dan adakah ubat ini boleh diambil bersama dengan goutnor/tolchicine?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ubat omeprazole dan domperidone tidak mendatangkan kesan sampingan gout. Kesan sampingan yang boleh berlaku adalah seperti mual, muntah, pening kepala dan urticaria (gejala pada kulit). Di samping itu, tiada interaksi ubat bersama dengan tolchicine dilaporkan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih