Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat Loratadine
Hi doktor, sy penghidap allergic rhinitis. Jadi setiap pagi sy sering terkena hidung berair dan mata berair. Jika sy sudah mengambil loratadine 10mg dlm 3-4 jam tpi masih lagi tiada perubahan boleh ke saya ambil centrizine 10mg?
Difahamkan loratadine 10mg boleh ambil sekali sehari, tp jika makan pagi 8pagi, boleh ke makan pada waktu malam jika terdapat alahan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan dua atau lebih jenis antihistamin adalah lebih berkesan berbanding dengan satu jenis antihistamin. Lebih-lebih lagi, sekiranya kedua-dua produk mengandungi antihistamin yang sama, kemungkinan besar kejadian dos berlebihan akan berlaku. Kejadian dos berlebihan akan membawa kesan mudarat dan kesan sampingan antaranya:
- Mengantuk
- Pening
- Mulut kering
- Loya dan muntah
- Kegelisahan atau perasaan tidak menentu (dalam sesetengah kanak-kanak)
- Kesukaran menumpukan perhatian
- Selera makan berubah
- Bermasalah berkencing
- Sembelit
- Kekaburan penglihatan
- Kekeliruan
Kesan-kesan samping lain yang jarang tetapi mungkin berlaku termasuk:
- Kesukaran masuk tidur
- Mimpi ngeri
- Halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang bukan merupakan realiti)
- Kegatalan kulit
- Sawan (fits)
- Denyutan jantung cepat daripada normal
- Kesesakan dada
Selain itu Loratadine dan Cetrizine, keduanya merupakan anti-histamine dari generasi kedua. Namun sekiranya anda ingin menukar atau menambah dos harian pengubatan tersebut, kami menasihatkan anda untuk mendapatkan padangan dari doktor anda terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.