smaachburd
6 tahun
Pengambilan ubat mengganggu kitaran haid
Saya ada mengambil ubat arcoxia. Adakah disebabkan ubat tersebut kitran haid saya tidak teratur? sudah sebulan lebih period saya tidak datang. Mohon penjelasan. Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Untuk makluman pihak anda, masalah kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Arcoxia merupakan ubat kategori Coxibs yanag berperanan sebagai ubat tahan sakit. Interaksi ubat Arcoxia dalam badan tidak akan mengganggu kitaran haid wanita. Oleh itu, anda boleh meneruskan ubat tersebut dengan mengikuti arahan doktor anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























