
Anonymous
5 tahun
Pengambilan ubat migrain
umur saya 23 tahun. mengalami migrain dalam beberapa hari ni. saya sudah mendapat rawatan di unit Kesihatan dan doktor ada bagi ubat caffox dengan arcoxia. lepas makan saya mengalami sakit sendi terutamanya di kaki, bahu dan belakang. adakah ini kesan daripada pengambilan ubat tersebut ataupun tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat caffox adalah ubat untuk merawat sakit migrain dan Arcoxia kebiasaanya untuk merawat sakit yang terlampau seperrti sakit sendi, gout dan sebagainya. Keberangkalian anda untuk mendapat sakit yang dinyatakan disebabkan oleh pengambilan ubat ubatan ini adalah tipis.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda untuk menentukan ubat serta dos yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.