ellyanairis
3 tahun
Pengambilan ubat steroid
Saya seorang wanita mencecah usia 30 tahun. Saya baru sahaja berkahwin dan tidak mengambil sebarang ubat atau alat untuk mencegah kehamilan. Soalan saya adakah tablet prednisolone akan mendatangkan kesan yang bahaya kepada persenyawaan ovum dan sperma sekiranya saya terpaksa mengambil ubat tersebut dalam tempoh subur saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat prednisolone ini selalunya diberi oleh doktor untuk tempoh yang pendek untuk rawatan penyakit yang tertentu. Kesan atas ovum atau sperma tidak kerap dalam rawatan tempoh pendek. Sekiranya anda mengambil ubat ini untuk jangkaan panjang seperti beberapa bulan atau tahun, ini akan menjejaskan kesuburan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























