Sulit
4 tahun
Pengambilan vaksin dose ke 2 dalam kauratin kontac rapat tak bergejala
saya contak dengan mak saya posotif, masa saya jumpa mak saya dia tak bergejala dan bila lepas dia buat swap test dia positif… saya pulak negatif.
saya update mysejahtera hingga la hari ke 6 saya masih tak bergejala dan saya ambil vaksin dose ke 2 mengikut sop… soalan saya, kecelaruan dalam keluarga saya menyalakan saya langgar sop sebab ambil vaksin, boleh tak doktor jelaskan jika setuasi saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda ialah kontak rapat ibu anda dan anda mengambil vaksin dos kedua selepas 6 hari kuarantin. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, kontak rapat wajib menjalankan kuarantin selama 10 hari seperti yang ditetapkan oleh KKM. Walaupun keputusan ujian menunjukkan anda negatif, ia tidak bermakna anda bebas daripada jangkitan Covid-19. Virus akan mengambil beberapa hari untuk membuat replica dalam badan. Ini dipanggil ‘incubation period’. Walaupun anda tidak bergejala, anda boleh mempunyai virus tersebut dalam badan anda dan boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang ramai. Ini dikategorikan sebagai ‘asymptomatic Covid’.
Oleh itu, anda sepatutunya menangguhkan suntikan vaksin dos kedua selepas anda habis kuarantin kerana anda boleh menyebarkan virus kepada orang ramai dalam pusat pemberian vaksin.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































