
Sulit
4 tahun
Pengambilan vitamin c ketika mengandung
Saya adalah seorg ibu hamil di usia kandungan 31 minggu. HB saya tidak cantik dan kli terakhir check adalah 9.3 walaupun saya consume iberet dan mengikuti pamakanan diet yang betul. Pada 7/4 saya telah pergi ke temujanji dan nurse cadangkan untuk mengambil vit c. Jadi saya telah ke farmasi dan mereka cadangkan vit c brand Citrex 1000mg. Adakah ianya seuai untuk saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan soalan anda, ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin C pada kadar 80-120mg. Selain itu, pengambilan vitamin C 1000mg juga adalah sangat tinggi bagi ibu mengandung. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan ahli farmasi anda atau bercakap dengan kami pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai penggunaan suplemen yang bersesuaian ketika mengandung. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.