
Sulit
4 tahun
Pengambilan vitamin c pada setiap hari
Adakah pengambilan vitamin c setiap hari boleh menyebabkan toksin di dalam badan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vitamin C selamat diambil setiap hari dengan syarat anda mengambil mengikut dos yang telah ditetapkan. Tetapi jika terlebih dos, antara kesan sampingan vitamin c ialah:
- loya
- muntah
- cirit birit
- sakit kepala
- kekejangan perut
- pedih ulu hati
- insomnia
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.