Sulit
4 tahun
Pengambilan Vitamin Jika Makan Perancang Yasmin
Hi Doc,
Saya ingin bertanya, jika sekarang saya makan pil perancang yasmin pada setiap hari jam 8 malam. Bolehkah saya mengambil vitamin c s
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara amnya, vitamic C tidak berinteraksi dengan pil perancang keluarga sekiranya anda mengambil ubat tersebut dalam dos yang ditetapkan. Maka tidak ada masalah untuk anda mengambil kedua pil tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.