
Sulit
4 tahun
Pengambilan vitamin yang sesuai
Hi Dr. Saya berumur 60 yang menpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Boleh tak saya nak tahu vitamin apa yang sesuai diambil untuk membuatkan badan saya bertenaga. Vitamin apa ye yg sesuai diambil dengan keadaan saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang vitamin atau suplemen yang sesuai berdasarkan soalan yang diberikan oleh anda sahaja. Pemeriksaan lanjut perlulah dilakukan untuk mengetahui status kesihatan anda secara keseluruhan. Kami sarankan anda merujuk kepada doktor supaya pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan kepada anda dan berbincang dengan doktor secara langsung mengenai vitamin dan suplemen yang sesuai dan selamat untuk diambil oleh anda.
Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan kedua, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.