
Sulit
3 tahun
Pengeluaran air mazi
saya lelaki umur 14 tahun , kebelakangan ni dan hari ini saya keluar air mazi ketika selepas bangun tidur , saya berasa tidak selesa ketika keluar air mazi dan mahu hentikan pengeluaran air mazi ini dan apakah kesan kesan perubahan pada diri kita ketika keluar air mazi

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perkara ini amat lazim dalam golongan lelaki muda remaja yang sihat. Namun ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti
- organ seksual terlebih aktif ketika tidur
- hormon testosterone yang tinggi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor