Sulit
2 tahun
Pengeluaran cecair jernih dari buasir
Saya ada buasir luaran, baru2 ni ada minum lactose utk lembut kn najis, selang beberapa hari seperti keluar cecair jernih dan tidak mempunyai bau dari dubur… Sudah 2 3 hari terjadi dan masih berlanjutan… Seluar menjadi basah… Adakah sebab minum lactose atau jangkitan lain?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas persoalan anda, kami memahami kegelishan yang anda sedang mengalami.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami anda mengalami pengeluaran cecair jernih dari buasir. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala cecair jernih yang keluar dari buasir anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- kesan ketumbuhan adenoma/polip dalam usus
- kesan penyakit radang usus
- najis berminyak - akibat tiada pencernaan lemak dalam usus akibat sakit pankreas atau hempedu.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.