
Sulit
4 tahun
Pengesahan jangkitan coronavirus
Puan saya ingin buat pertanyaan. boss saya terdedah dengan suspeks coronavirus datuk rostam. isteri beliau datin rashidah confirm positive). Sejak minggu lepas semua pengarah saya asyik menghadiri mesyuarat di KPDNHEP,Putrajaya turut disertai oleh suspek. balik dari sana pengarah saya mengadakan mesyuarat dengan staff turut disertai oleh saya. mesyurat berturut 2 2- 3 hari.
selepas pada mesyuarat berkenaan saya rasa " something wrong pasal kesihatan saya" saya rasa saya juga dirasa seperti dijangkiti.
Bagaimana saya boleh menjalankan ujian saringan coronavirus agar dapat mengambil langkah-2 pencegahan awal dan saya juga ada 3 orang anak kecil.
mohon bantuan dan nasihat dari pihak doktor. sekian.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Antara langkah yang anda boleh ambil adalah melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta langkah yang sepatutnya akan diberikan mengikut kategori anda.
Selain itu berikut merupakan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan saya dapat sedikit membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini