
Sulit
2 tahun
Penggambilan Supplimen
Selamat sejahtera…Boleh tak saya nak pendapat doktor…Saya ambil semua pil ni setiap hari,lecithin,calcium+magnesium+vit D3+mineral,fish oil,lutein,multivitamins+mineral,vitamin c,biotin,collagen dan grape seeds,adakah ia selamat ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, selagi supplimen yang anda ambil adalah diterima oleh FDA iaitu pihak yang memantau keselamatan ubat, supplimen dan sebagainya, anda tidak perlu risau tentang keselamatan supplimen yang anda beli. Logo “FDA approved” akan dicetak di supplimen yang di bungkusan atau kotak supplimen.
Sekiranya anda mengambil ubat untuk masalah kesihatan yang lain, sila membincang dengan doktor anda tentang keselamatan mengambil supplimen kerana interaksi ubat dengan supplimen kadang kala akan membawa kesan sampingan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.