
Anonymous
6 tahun
Pengguguran dan morning after pill
Saya berumur 26 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 bulan. Saya dan suami menggunakan kaedah kondom dan pada 8.12.18, kami melakukan hubungan seks namun saya dapati air mani suami mengalir keluar dari vagina. Saya dan suami syak kondom koyak. Esok pagi saya terus mengambil after morning pill jenama marvelon. pharmacist sudah bgtau side effects, mungkin akan lewat haid. Saya sepatutnya sudah period 20.12 tapi smpai hari ini 26.12 masih belum period. Saya tak tahu perlu atau tidak dan jika perlu, bila saya kena buat pregnancy test. Adakah selepas habis ubat sepapan tu? Atau buat je skrg? Dan saya mmg tak boleh mengandung skrg. Kerana saya mengalami kemurungan yg sangat teruk sehingga ada suicidal thoughts dan juga terfikir utk membunuh anak juga. Saya baru pulih dari semua ini, dan sangat tenang membesarkan anak saya Saya tak bersedia jika betul mengandung. Tolong saya.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk pengetahuan anda, marvelon merupakan sejenis pil perancang yang mengandungi estrogen and progestin yang digunakan sebagai pil perancang kehamilan. Namun, ia bukanlah sejenis “morning after pill”. Contoh morning after pill yang terdapat di pasaran adalah ellaOne. Ia merupakan sebiji pil yang boleh diambil dalam tempoh lima hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan untuk mencegah kehamilan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah anda. Anda mungkin lewat haid atau terdapat kemungkinan mengandung. Anda juga mengalami masalah kemurungan dan baru pulih. Oleh itu, saya amat menyarankan agar anda bercakap dengan doktor untuk membincangkan perkara ini dengan lebih teliti.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Harap membantu. Terima kasih.