Sulit
4 tahun
Pengguna ubat steroid& azathioprine
Hi doctor. Sy rin berumur 23 tahun. Sy adalah pengguna ubat steroid sejak 3 tahun yg lepas dan azathioprine sejak 1 tahun yang lepas. Saya baru berkahwin dan bercadang utk makan folid acid… Jadi, soalan saya, boleh ke saya makan folid acid dan berapa dos yang sy perlukan? 4mg atau 5mg… sebab nya banyak artikal suggest sebelum pregnant makan 4mg… tp di farmasi kawasan sy hanya ada 5mg…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penggunaan ubat azathioprine adalah selamat didalam kehamilan dan mengenai dos asid folik yang perlu diambil adalah sebaiknya pada dos yang tinggi sedikit iaitu pada 5mg kerana bagi pesakit kronik seperti penyakit radang usus atau rheumatoid disease, dos yang tinggi ketika kehamilan dapat mencegah sekiranya berlaku kurang penyerapan dalam badan akibat penyakit kronik yang dialami. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.