
Sulit
5 tahun
Penggunaan betamethasone dan glycerin sebelum habis pengambilan antiviral
Hi doc, saya merupakan seorang wanita berunir 30thn.mi ggu lps saya telah ke klinik kerana masalah eczema. doc di klinik tersebut mengesahkan bahawa saya telah dijangkiti virus, dan eczema. doc telah memberi saya antiviral aciclovir, betamethasone dan glycerin. saya diminta menghabiskan pengambilan antiviral sblm menggunalan betanethasone dan glycerin. persoalan saya sekarang, apa kesan yang akan terjadi sekiranya saya makan antiviral, dan pada masa yang sama saya menggunakan betamethasone dan glycerin? sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, carian akademik menunjukkan acyclovir tiada interaksi dengan betamethasone. Namun, betamethasone sejenis ubat corticosteroid yang boleh mengurangkan imuniti anda. Oleh itu, anda disarakan untuk berhenti gunakan betamethasone dahulu dan habiskan ubat acyclovir anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.