
Sulit
4 tahun
Penggunaan pil viagra untuk pesakit Erectile dysfuction
Hi Dr. Adakah dengan memakan pil seperti viagra dapat membantu utk mengekalkan ereksi? Betul ke pil ini dapat membantu pesakit erectile dysfunction. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh terbahagi kepada dua itu masalah fizikal dan psikologi. Bergantung dengan punca kepada masalah anda, rawatan mungkin berbeza. Kebiasaannya, masalah psikologi lebih mudah dirawat berbanding masalah fizikal.
Mengenai ubat vigra (sildenafil citrate), ianya berfungsi untuk lelaki dengan mati pucuk (eractile dysfunction) dengan meningkatkan aliran darah ke zakar sehingga individu tersebut boleh mendapatkan dan mengekalkan ereksi yang cukup keras untuk melakukan hubungan seks. Ianya dapat membantu lelaki dalam semua peringkat ED namun keputusan setiap individu mungkin berbeza. VIAGRA biasanya mula berfungsi dalam masa 30-60 minit selepas diambil dan ubat ini hanya perlu diambil apabila diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum mendapatkan rawatan kerana penggunaan ubat viagra harus melalui preskripsi doktor…
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.