
Sulit
4 tahun
Penggunaan pil yasmin selepas bersama
Saya berumur 20-an. Saya mahu cuba pil yasmin untuk pertama kalinya selepas bersama. Bagaimanakah cara pemakanan yang sesuai untuk saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ini merupakan arahan tentang cara memulakan pil ini. Sekiranya anda mengambil pil pertama pada hari pertama haid anda, anda tidak perlu gabungkan dengan penggunaan kondom untuk 7 hari kerana anda akan terlindung daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mengambil pil ini pada hari-hari lain setelah haid, anda harus menggunakan kondom untuk 7 hari. Hal ini kerana anda belum terlindung daripada kehamilan dalam waktu 7 hari ini sekiranya melakukan hubungan seks. Anda harus mengambil pil ini pada waktu yang sama( sebelum tidur merupakan waktu yang sesuai) setiap hari untuk memastikan keberkesanan pil ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga harus membaca maklumat yang disertakan dengan pek perancang pil tersebut untuk mengetahui info lebih lanjut tentang penggunaan pil ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.