
Anonymous
6 tahun
Penggunaan postinor 2
Saya ingin tahu apakah postinor 2 berkesan menghalang kehamilan sekiranya dimakan sejurus sesudah melakukan hubungan bersama suami? Saya agak keliru dimana apakah perlu tunggu selama beberapa jam atau boleh dimakan terus sejurus sesudah melakukan hubungan tnpa perlindungan bersama suami?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Dos pertama Postinor 2 perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya ttidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!