Anonymous
6 tahun
Penggunaan ubat marvelon
saya telah didiagnosis mempunyai ovarian cyst. setelah rujuk pada pakar, doktor telah memberikan ubat marvelon untuk dimakan selama 21 hari. saya tidak pernah meninggalkan ubat dan makan secara konsisten. walau bagaimanapun pada hari ke 20, saya telah lupa untuk mengambil ubat dan saya makan kembali pada hari ke 21. ubat yang terakhir juga yang sepatutnya dimakan pada hari ke 21 saya tidak makan kerana lupa. Bolehkah saya abaikan ubat yang terakhir itu dan menunggu 7 hari? Selepas 7 hari baru saya makan kembali pek yang baru. Minta pandangan dan nasihat doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apabila memakan pil perancang, setiap ubat yang terlupa sebaiknya langsung dimakan saat anda teringat, walaupun berarti anda akan makan 2 pil pada hari itu. Anda kemudiannya boleh menunggu 7 hari sebelum memulakan pek baru.
Akan tetapi, sekiranya anda mahu mengabaikan pil ke-21 tersebut, kemungkinan efektivitas pil anda akan berkurang sedikit. Justeru, seandainya anda berhubungan dalam tempoh seminggu ini, sebaiknya anda menggunakan metode tambahan seperti kondom sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































