Sulit
3 tahun
Penggunaan ubat telinga dan seks ketika hamil
1. Selamatkah penggunaan ubat titik telinga Neo Deca untuk ibu hamil? Jika tidak selamat, jenama ubat telinga apa yg sesuai untuk ibu hamil? Sebab telinga sy memang selalu gatal2. Setiap kali selepas korek, memang kena titik ubat tu kat telinga.
2. Sy baru hamil 2 bulan. Selamatkah jika melakukan hubungan seks bersama suami semasa hamil? Ada kesan sampingan apa2?
Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berikut merupakan jawapan umum kepada soalan anda:
Setakat ini tiada informasi yang mengatakan wanita hamil tidak boleh menggunakan ubat tersebut. Oleh itu, bagi mendapatakan kepastian dan jawapan yang tepat, anda disaran untuk merujuk pakar sakit puan serta ibu dan anak.
Tiada halangan untuk anda melakukan hubungan kelamin ketika hamil dan tiada kesan sampingan selagi tidak melakukan hubungan yang pelik dan ganas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.