
nurulhazirah87
5 tahun
Penggunaan Ventolin bersama Symbicort
Saya wanita berumur 30an, dan saya pesakit asma. Saya mengalami batuk-batuk berkahak hampir 3 minggu, dan telah mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan, diberi antibiotik, prednisolone, bromhexine. Namun, selepas 2 minggu, dan ubat telah pun dihabiskan, batuk saya masih kekal. Saya menggunakan symbicort 2 kali sehari, sebanyak 2 sedutan setiap kali. Kadangkala saya rasa sukar untuk bernafas di antara waktu pengambilan symbicort. Adakah selamat untuk saya mengambil ventolin (pil/evohaler) apabila mengalami kesukaran bernafas? Saya telah ditawarkan untuk mengambil nebulizer tapi saya tolak kerana khuatir tentang kebersihan alat penyedut yang digunakan. Saya dan keluarga tidak pernah berhubung dengan mana-mana pesakit yang disahkan menghidap penyakit covid-19.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Ventolin adalah ubat untuk melegakan serangan asma dan penggunaan symbicort adalah diperlukan jika masalah asma pesakit semakin teruk. Kesemua ubat dan teknik rawatan untuk penyakit asma memerlukan preskripsi dan pandangan doktor yang mengetahui kesemua latar belakang pesakit. Kebersihan alat di hospital ataupun di klinik untuk kegunaan pesakit adalah terjamin kerana pihak hospital dan klinik mengamalkan samada alat pakai buang ataupun alat yang akan dibersihkan setiap kali bertukar pesakit dan setiap kali prosedur yang berlainan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.