
Sulit
4 tahun
Penghadaman perut syaa rasa macam ditekan
Saya lelaki 17 tahun…baru2 ini perut saya sering rasa macam ditekan… dan mudah lupa…gatal di bahagian ekzima…adakah it disebabkan penghadaman perut…saya juga kerap membuang najis pada waktu pagi dan petang adakah itu disebabkan penghadaman…boleh bantu saye untuk pulihkannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami, namun maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan lengkap. Kami cuba jawab secara umum. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pelvic inflammatory diseases
- Hernia
- Karang dalam salur kencing
- Radang apendiks (appendicitis)
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor dengan segera kerana hal ini memerlukan perhatian. Pemeriksaan perlu dibuat dan rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab lain yang tidak disebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang dialami oleh anda. Terima kasih.