
shakinahhh
5 tahun
(Penghidap chicken pox)Sakit dada ketika telan makanan
Saya berumur 17 tahun… Saya menghidapi chicken pox dan saya sukar untuk telan makanan kerana pada tekak saya terdapat ruam chicken pox… Namun setelah berjumpa doktor, doktor menyarankan saya memakan aiskrim vanila kerana ia bertekstur lembut dan dapat mengecutkan ruam tersebut tetapi selepas beberapa hari dada saya terasa sakit ketika menelan makanan atau pun minuman… Apa yang patut saya lakukan? ") saya sangat membebankan kedua orang tua saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit cacar air (chicken pox) bukan setakat menyerang kulit akan tetapi dalam badan juga seperti tekak. Kesakitan yang anda alami mungkin berpunca daripada:
- Kesan chicken pox didalam tekak anda - Anda tidak perlu risau sekiranya anda berasakan penyakit tersebut semakin surut
- Luka pada kerongkong tekak
- Radang tonsil
Anda perlu berehat untuk beberapa hari bagi memastikan badan anda dapat melawan sepenuhnya penyakit ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.