
Saodah
6 tahun
Penghidap kencing manis dan kerap sakit perut
Saya kerap sakit perut sebelah kiri dan kerap juga cramp otot perut.
Sy juga pengidap kencing manis.
Doktor dah bg ubat lactulose dan relax otot tp sakit tu tetap ada. Angin juga banyak

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi seperti luka yang susah sembuh, kaki dan tangan kebas, sakit jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, kawalan paras gula dalam darah adalah sangat penting bagi pesakit kencing manis.
Sakit perut merupakan salah satu komplikasi yang paling biasa untuk pesakit kencing manis. Sistem saraf biasanya akan terjejas untuk pesakit yang mengalami kencing manis tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang. Sistem saraf yang terjejas akan menyebabkan otot di bahagian usus berfungsi dengan lebih lambat. Oleh itu, makanan yang telah dihadam akan bergerak dengan perlahan melalui usus. Hal ini akan menyebabkan makanan yang terperangkap di dalam usus dan menyebabkan kesakitan. Selain gastroparesis, sakit perut anda juga boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain seperti gastrik, ulser di perut atau sering mengambil makanan pedas atau berminyak.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya doktor boleh memberi rawatan terbaik untuk anda.

6 tahun
salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan deskripsi anda, saya merasakan bahawa anda telah mengalami salah satu daripada komplikasi kencing manis. Kencing manis boleh menjejaskan banyak bahagian badan anda. Salah satu daripada mereka adalah saraf vagus, yang mengawal sistem pencernaan. Apabila ia rosak, pencernaan anda menjadi lebih perlahan dan makanan berada di dalam perut lebih lama daripada yang sepatutnya. Ini adalah keadaan yang disebut sebagai gastroparesis. Ia boleh membuat anda berasa mual dan muntah. Ia juga tidak baik untuk tahap gula dalam darah anda.
Antara simptom-simptom gastroparesis termasuklah:-
Heartburn atau refluks (sandaran kandungan perut ke dalam esofagus)
Loya
Muntah (dalam kes yang teruk, ini mungkin berlaku setiap hari)
Masalah mengawal gula darah
Rasa kenyang dengan cepat apabila makan
Kembung perut
Selera makan yang kurang baik dan penurunan berat badan
Sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian tentang masalah ini. Harap membantu. Terima kasih.