
Sulit
3 tahun
Pengidap Hypertiriod
Hi doctor, saya pengidap hypertiriod dlm proses rawatan doktor hospital dan masih cuti sakit,baru-baru ini saya cuba buat paper work dari rumah tengok email Dan check dokumen kerja, tak sampai 30 minit buat kerja saya terus jadi sesak nafas, jantung laju,sejuk kaki tangan, ketar dan terus hilang imbang badan.selepas rehat 8-9 jam stabil semula.harap doktor dapat memberi pendapat. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala dari penyakit hipertiroid merangkumi banyak sistem dalam tubuh badan kita dan juga organ. Hal ini kerana, hormon ini disampaikan melalui saluran darah dan memberi impak kepada organ sekeliling. Antara simptom yang akan dihadapi oleh pesakit adalah seperti berikut:
- Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
- Masalah ritma jantung yang tidak sekata
- Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
- Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
- Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
- Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
- Mengalami masalah sukar untuk tidur
- Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
- Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
- Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
- Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
- Mengalami penipisan kulit
Pesakit yang mengalami masalah hipertiroid tidak hanya menunjukkan simptom malah terdapat beberapa tanda secara fizikal yang juga berlaku keatas mereka. Sebagai contoh:
- Pembesaran atau kelenjar tiroid kelihatan bengkak
- Bacaan tekanan darah meningkat
- Jantung berdegup dengan kencang
- Rambut berkurangan
- Biji mata kelihatan terkeluar
- Kulit pesakit terasa suam dan berpeluh
Oleh yang demikian, gejala yang anda alami waktu ini adalah gejala normal bagi yang pesakit hipertiroid rasakan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor